Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia itu cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
mescaya cintaAllah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akancemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang sama-sama melabuhkan cintanya kepada Allah
Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu
Agar bertambah kekuatan untuk mencintaiMu
Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku kepadaMu
Ya Allah
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku
Agar tidak berpaling daripadaMu
Ya Allah Rabbul 'Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada halal untuk kurindui
Dan rindukanlah aku pada seseorang yang Merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jika aku rindu
Jagalah rinduku padanya
Agar tidak lalai merindui syurgaMu
Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Jagalah kenikmatan itu
Agar tidak melebihi kenikmatan
manisnya beribadah padaMu
tenangnya zikir dan Selawat pada RasulMu
Dan indahnya bermunajat di sepertiga malamMu
Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak melebihi kasihku padaMu
Ya Allah
Jika Kau halalkan diriku untuk mencintai kekasihMu
Peliharalah diriku agar sentiasa sedar
Tidak ada rindu yang semanis rinduMu yang abadi
Dan tidak ada cinta yang sehebat cintaMu yang hakiki
Ya Allah
Kau Maha Besar, maka berilah kekuatan padaku melawan nafsuku dan tetap pada jalan memperjuangkan agamaMu
Kau Maha Mengetahui, maka kurniakanlah insan yang terbaik untukku dan aku mampu menjadi yang tebaik untuknya
Kau Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penerima segala taubat, maka ampunkanlah dosa-dosaku, peliharalah imanku dan peganganku pada agamaMu
Alhamdulilllah
Alhamdulillah
Alhamdulillahi Rabbila'lameen...