Friday, August 13, 2010

Telah Tertulis…

 

P9070012

Bismillahirrahmanirrahim. Firman Allah dalam surah al-Hadid;

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (٢٢) لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ (٢٣)

Maksudnya:

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah (22).

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri (23).

Semuanya datang dari Allah dan kepada Allah semua itu akan kembali.  Hidup ini adalah ujian bagi kita, bagaimana kita menjalaninya. Dan dalam  banyak-banyak ujian itu, ada yang berbentuk kesusahan dan ada yang berbentuk kesusahan.

Maka ayat ini mengingatkan kita kembali bahawa segala yang berlaku di muka bumi ini telah ditetapkan Allah s.w.t. sejak dari azali lagi.

Jika ada musibah yang menimpa diri, ya, kita akan risau, sedih, hilang punca. Tapi jika kita ingat kembali yang musibah itu adalah keteapanNya, maka pastilah hanya kepadaNya kita kembali untuk  memohon ampunan, memohon pertolongan dan memohon kekuatan.Dan jika kesenangan datang, jangan mudah lupa dan bersyukurlah.

Dan bersempena Ramadhan ini, rebutlah peluang dan raikanlah bulan barakah ini dengan amal ibadah keranaNya.

Buat Ingatan Bersama.

Wallahua’lam.

No comments: