Wednesday, July 29, 2009

Nikmat dan Tanggungjawab


Alhamdulillah~
Kita dilahirkan sebagai Islam kerana sesungguhnya Islam dan Iman itu merupakan nikmat terbesar bagi kita semua, bagi diri ini.
Tetapi Nikmat tidak datang hanya sebagai nikmat...
Nikmat itu datang dengan tanggungjawab atau janji...

Islam dan Iman merupakan nikmat yang terbesar, tetapi kita bertanggungjawab untuk mentaati dan beribadah kepada Allah,memelihara Iman saban hari serta mensyukuri nikmat... dan syukur itu maksudnya menggunakan NIKMAT yang dikurniakanNya untuk mentaati Allah swt.

Ibu bapa dan kasih sayang mereka merupakan nikmat yang sungguh indah, tetapi kita bertanggungjawab untuk turut mengasihi, menghormati dan mentaati keduanya....

Peluang menyabung pelajaran samaada local atau intenational merupakan nikmat dan ganjaran hasil usaha, tetapi kita bertanggungjawab untuk meneruskan usaha dalam mencari kedua-dua ilmu akhirat dan dunia untuk memperolehi kejayaan yang hakiki...

Tetapi ada juga yang menganggap sesuatu hanya sebagai tanggungjawabatau beban dan bukan nikmat.

Apabila dilahirkan sebagai Muslim, Ibu bapa suruh solat dan puasa, maka ibadah-ibadah itu dirasakan sebagai beban walhal semua itu akan menjadi nikmat apabila ilmu dicari dan dihayati...

Apabila diberikan tugas atau jawatan, merasakan tugas dan jawatan itu sebagai tanggungjawab tanpa merasakan ia sebagai nikmat iaitu peluang, pengalaman dan manfaat...

Oleh itu, Nikmat dan Tanggungjawab tidak terpisah. Nikmat itu datang dengan Tanggungjawab dan Tanggungjawab itu datang bersama-sama Nikmat...

Peringatan buat diri dan semua...
Al-fatihah untuk arwah datuk, Hj. Moin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Julai 2009 jam 11.45pm...Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Ameen...

Wassalam~

4 comments:

Adam Lee said...
This comment has been removed by the author.
Adam Lee said...

"...dan sedikit antra kamu yg bersyukur" melakukan tanggung jawab ssebaiknya adlh cara bersyukur? make sense!!

er..terdelete pulak komen td.
template ni lg cantik
-3syukur-

emann said...

izzah..
bile nak update blog..
nnt raye call iman lg boley ke?
kejap pun xpe..
pastu update pics ye?
iman pun insyaAllah...
jengukla my blog kalo rindu...
kalo rindulaa hehe

ok take care dear!~

Baitul SMR said...

salam ziarah,
tak sangka terjumpa dengan blog yg gaya sama. ^_^

salam perkenalan dari Ummu Khaulah.
Berlin, germany